Isnin, 4 September 2017

PENGURUSAN DALAM ISLAM



 SOALAN KEDUA (PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI)

بسم الله الرحمن الرحيم

  •  Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat.



    i.  Jelaskan jenis/bahagian prinsip dan perancangan operasi berserta contohnya.

Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Prinsip dan perancangan terbahagi kepada dua iaitu rancangan untuk tujuan tertentu dan rancangan kekal untuk menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.

Rancangan untuk tujuan tertentu mengandungi program, projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Program mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh tentang aktiviti yang akan dijalankan. Contohnya kakitangan yang dipertanggungjawabkan melalui jadual penyediaan program perlu mengikuti langkah demi langkah program yang diatur. Manakala projek pula merupakan tugas-tugas kecil didalam program yang dilakukan oleh kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan. Selanjutnya, belanjawan disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal belanjawan program mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Contohnya, belanjawan yang diperuntukkan didalam program itu ialah RM1000. Oleh itu program itu perlu menggunakan wang yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin tanpa menggunakan wang dari sumber yang lain. Hal ini boleh dilihat melalui kepimpinan pada zaman Rasullulah SAW.

Rancangan kekal ini berlaku apabila perancangan operasi yang melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti dibuat melalui dasar, tatacara, dan peraturan yang ditetapkan. Dasar adalah panduan yang ditetapkan oleh pengurusan atasan untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan. Prosedur yang diselaraskan merupakan tatacara atau kaedah yang menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan yang lain dapat melaksanakan tugasan dengan seragam. Peraturan adalah satu penyataan untuk mengawal sesuatu tindakan. Contohnya, ‘KAWASAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK’ nerupakan satu peraturan yang dikenakan oleh pihak tertentu atau orang ramai.

Oleh itu, perancangan jangka panjang dan jangka pendek mempunyai hubungan yang erat dan saling berkaitan untuk mencapai sesuatu maklamat sesuatu bahagian atau kumpulan dalam organisasi.




     ii.        Huraikan kepentingan perancangan dan prinsip operasi kepada sesebuah organisasi

       Antara kepentingan perancangan ialah tumpuan dalam perancangan , iaitu proses yang berorientasikan hasil dan membantu mewujudkan gerak kerja untuk mencapai prestasi tertinggi didalam organisasi. Sebagai contoh, memastikan perkara yang pertama mendapat perhatian terlebih dahulu. Dalam pada itu, perangkaan pelan perancangan membolahkan pelbagai jenis sumber disusun dan diagihkan keseluruh organisasi. Dengan itu, proses perancangan membolehkan organisasi mengenalpasti masalah dan merangka cara untuk menghadapinya. Seterusnya, meningkatkan penyelarasan melalui perancangan yang disusun dan diatur untuk mencapai sesuatu sasaran. Malah penetapan saasaran adalah langkah pertama , sebelum perancangan dirangka. Maklamat yang ditetapkan mencerminkan pengisian visi dan misi organisasi. Matlamat memudahkan semua pihak dalam organisasi memahami apakah yang ingin dicapai oleh organisasi berkenaan. Pemahaman sebegini penting kerana semua tindakan yang disusun akan menjurus kepada pencapaian matlamat ini. Matlamat merupakan rangka arah tuju seluruh organisasi. Matlamat ini adalah tiang-tiang yang perlu dibina oleh seluruh warga organisasi untuk  menampung visi dan misi organisasi. Matlamat merupakan ‘masterplan’ kepada sesuatu organisasi dan perancangan pula merupakan ‘blueprint’  untuk merealisasikannya. Tanpa perancangan, segala arahan kerja tidak dapat disiapkan tepat pada masanya.

       Selain  itu, pengurusan masa adalah mustahak agar tidak terperangkap dalam rutin organisasi. Cara untuk mengatasinya adalah melalui penapisan panggilan telefon yang diterima, jangan habiskan masa yang lama dengan mereka yang tiada temujanji, buat senarai keutamaan tugas mengikut kepentingan dan keperluan, laksanakan tugas mengikut apa yang dirancangkan. Dalam pada itu perancangan yang diatur mewujudkan persaingan yang sihat. Organisasi yang mempunyai perancangan yang teratur, lebih tersusun, dan memudahkan urusan dengan pihak luar. Maklumat yang cukup dan tepat dapat mengurangkan prasangka dan andaian buruk pihak luar tentang organisasi. Mereka lebih mudah berurusan  dengan kewibawaan organisasi yang teratur, akan mewujudkan persaingan yang sihat dengan organisasi. Malahan bahagian dalam organisasi dapat menyusun rancangan dan pelan tindakan pelaksanaan yang teratur untuk mencapai matlamat organisasi. Masing-masing akan berusaha mempamerkan tindakan perlaksanaan yang sistematik dan mampu mencapai objektif dalam organisasi itu tersendiri. Seterusnya, kepentingan prinsip organisasi ialah ketaatan dalam sesebuah organisasi. Melaluinya, seorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa sebuah organisasinya kearah kecemerlangan. Dengan adanya ketaatan, warga organisasi akan lebih akur, berdisiplin dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, sama ada disukai atau tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

      Pertama, kesetiaan kepada organisasi iaitu seorang pengurus mestilah setia dalam organisasinya . Contohnya, dia tidak boleh mengambil risiko yang besar dalam organisasi, membuat keputusan yang boleh membawa kepada kerugian yang besar dalam syarikatnya . Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa yang tertentu . Kedua, kepatuhan kepada disiplin sememangnya tidak dapat dinafikan untuk memastikan operasi organisasi dalam syarikat dapat berjalan dengan lancar dan baik . Organisasi perlulah menyediakan dasar dan peraturan agar setiap individu yang bekerja dapat melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan . Tuntasnya ,tanpa disiplin yang diterapkan , operasi organisasi akan menjadi kacau-bilau serta boleh menyebabkan kejatuhan sesebuah organisasi.

    iii.        Jika anda sebagai seorang majikan dalam sesebuah organisasi, terangkan peranan anda untuk memastikan para pekerja membantu melaksanakan perancangan dan prinsip operasi organisasi.

Jika saya seorang majikan dalam sebuah organisasi, peranan saya untuk memastikan para pekerja membantu melaksanakan perancangan dan prinsip operasi organisasi ialah seorang majikan sentiasa menasihati dan mengingati para pekerja agar perancangan dan prinsip operasi organisasi dapat berjalan dengan lancer dan lebih efektif. Ini kerana manusia mudah lupa jika tidak selalu mengingati kerja yang perlu dilakukannya. Selain itu, setiap individu yang bekerja di organisasi perlulah mengawal dan mempraktikkan segala prinsip dan perancangan agar selari dengan diri pekerja secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Hal ini kerana perancangan merupakan tiang dalam titik permulaan setiap organisasi. Sebagai seorang majikan, kita juga perlu menjadi tegas dalam melaksanakan sesuatu program mahupun sesuatu acara supaya program itu berjalan dengan lancer. Tegas bukan bermaksud marah tetapi tegas itu haruslah bertempat supaya pekerja tidak puas hati terhadap majikan. Seterusnya, majikan perlu merancang strategik yang mempunyai  peluang yang cerah untuk Berjaya. Tujuan strategik ini dibuat adalah untuk memastikan perancangan yang telah dibuat berjaya dan supaya pengurusan dan perancangan pada masa akan datang lebih terjamin. Dalam pada itu, perancangan yang dibuat juga perlu sentiasa dikemaskini daei masa ke masa agar pengurusan syarikat lebih fleksibel.


RUMUSAN

Kesimpulannya, prinsip dan perancangan penting untuk memulakan sesuatu organisasi. Pihak atasan atau bawahan mempunyai tugas yang sama untuk memajukan syarikat tudak kira syarikat itu kecil atau besar. Untuk memulakan sesuatu syarikat, perancangan yang terbaik perlu dibuat agar syarikat itu dapat berjalan dengan baik. Dalam pada itu, semua pihak organisasi perlu berkerjasama dengan mematuhi prinsip dan perancangan yang telah dibuat. Perancangan masa panjang dan jangka pendek penting untuk sesebuah syarikat berfungsi. Kepentingan perancangan ialah pelan yang dibuat digunapakai. Untuk membuat sesuatu pelan, pelbagai jenis sumber perlu diterokai, disusun dan diagihkan. Pelan ini penting untuk mengenalpasti masalah yang dialami organisasi dan untuk memastikan organisasi dapat berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan organisasi, visi dan misi syarikat perlu ada supaya pekerja mempunyai motivasi untuk membuat kerja yang ditetapkan oleh mereka. Pengurusan masa penting untuk organisasi kerana kerja yang diberi perlu disiapkan tepat pada masa supaya sesuatu projek itu tidak jatuh ke organisasi yang lain. Majikan sebuah organisasi penting kerana dialah yang mengurus syarikat supaya syarikat itu berjalan lancar. Majikan juga menjadi teladan kepada pekerjanya untuk lebih berusaha. Oleh itu, perancangan yang baik dapat meningkatkan prestasi organisasi dan berjalan dengan lebih maju.


              RUJUKAN

                      i.        Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa (2015). Pengurusan dalam islam
                     ii.        http://uniprof.wordpress.com
             
                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan